Tuesday, December 20, 2011

kaki hampir tercabut sebab...

pagi tu kitorang bertolak pagi sebelum masuk subuh lagi.lebih kurang pukul 5 pagi kitorang gerak.mata aku ni serius ngantuk giler...nak tak nak je bukak.huhuh.sampai2 jer kat putrajaya terus daftar...perghh.tu pon da ramai giler yang beratur.

habis je daftar terus pusing2 jap.tetibe ternampak pulak pentas ni.boleh pulak ter.padahal memang da nampak pon.nampak beno nipunya.keh keh keh...





pukol 7.30 pagi larian pon bermula...hah.yang gemok,kurus,laki,pompuan,india,cina n melayu semua masuk.perghhh!memang terbaik la kan.aku pon sampai gabra sebab takut kena tinggal kat belakang sorang2.



haa.tengok tu.ada orang dah sakit pinggang.keh keh keh,aku pon sebijik da macam dia.sebab tu aku amik gamba jer.da penat nak lari.belom sampai 1 km pon masa ni.hehhuhhaa.nampak sangatla aku ni sebenanya memang tak berapa kuat nak lari.


itu dia...pompuan ni memang hebat giler...larik sambil bawak baby dia.perghh!lari laju dari aku kot.aku pulak jadi segan biler tengok dial lagi laju lari dari aku.apa kes?sekejap je dia da hilang. --'

cantikkan?sebenanya banyak lagi gamba yang aku amik.tapi...malas nak masukkan dalam blog.penat siut...kaki aku ni pon tak elok2 lagi.padahal da bapa hari tah larik.huhuhu.terok bebeno aku ni...
haa...! yang ni naik bukit.fuhh! berat giler nak angkat kaki aku naik.stress sampai kaki aku da sakit yang teramat.lagipon masa ni da lebih 3 km.eceh! alasan je sebenanya.cuba tengok akak yang paling kanan ni.fuhh! siap boleh larik sambil telefon orang.memang giler betol larian ni.macam2 orang aku jumpa.bes2 :)


yang baju merah tu tukang bagi reben.kalau tak amik reben tu tak bley amik sijil.huh! aku ingat nak nipu.sebab nak pegi sana tuh kamain jauh tau.tapi...disebabkan sijil.tarikla jugak kaki yang da tak mampu nak larik nie.sedih2..

oke! aku da tak larat nak citer sampai habis.takot kang korang bosan giler baca."biler la nak abes ni..bosan siut"..chioww

semua orang hipokrit sebenanya kan2?


hahhahha...temperature korang mesti da naik level kan bila aku cakap pasal benda ni kan.mesti korang cakap "eh2 aku tak hipokrit oke!" atau "kau je hipokrit bukan aku".itu antara contoh jer.mana yang terasa tu sorry to say la kan.tak de niat langsung.cuma bila aku denga orang cakap pasal hipokrit ni aku agak hangin ckit.ckit jer...acano tuh? --'

maksud HIPOKRIT ni manusia yang suka berpura2 "BAIK" depan orang...tapi sebenarnya ada niat jahat.atau buruk sangka...atau buat2 baik tapi dalam hati sebenarnya tak suka.mesti korang pernah jumpa orang macam ni kan?atau memang ada dalam diri korang.mesti korang cakap "eei merepek je dia ni.malas nak bukak blog dia lagi.buang masa aku jer".heheh.apa kes?watlek suda.

pernah tak korang terfikir yang korang pon pernah jadi hipokrit cuma disebabkan korang rasa korang terlampaulah baik, so tak de maknanye lah aku ni hipokrit.kah kah kah.sebagai contohla kan kepada korang yang rasa korang tak hipokrit tu.pernah tak korang alami situasi macam ni.

Kita bising bila orang buat keje hipokrit kat kita…kita gitau orang lain. Cerita pasal keburukan orang lain kepada kawan2, dan compare diri dengan mengatakan “kalau aku jadi dia aku takkan buat camtu” atau “kalau aku marah pun takde la buat cam sekian”. Kadang2 kita rasa diri kita lagi bagus daripada mangsa umpatan tersebut…

haa tu dia…kita yang bajet bagus ni pun mengumpat orang. Tak hipokrit ke tu? Dah jadi sama level dengan hipokrit tersebut. Kalau taknak jadi hipokrit baik diam je… tapi kalo diam je, camane nak selesaikan masalah? Nak bincang dengan sape? Nak ngadu kat sape? Kalo simpan dalam hati je bahaya. Nak taknak, terpaksa jugak kita luahkan.
So, kesimpulannya, setiap manusia tidak boleh lari daripada sifat hipokrit! Kadang2 kita tak sedar kita ter-jadi hipokrit…oleh itu…hati2 sikit bila panggil orang lain hipokrit. Cermin diri tu dulu. Tapi kalo nak panggil gak takde sape halang. Sekadar nak lepas geram lantak la apa ko nak kata. sebab aku pun gitu jugak. Aku panggil orang hipokrit dengan kesedaran aku ni hipokrit jugak kahahah.
p/s:besok aku post entry pasal larian pulak eh.?hari ni tak de mood.kepada sesiapa yang tak puas hati tu cer komen ckit apa yang tak puas sangat tu.heheh

Saturday, December 17, 2011

kaki sakit dan strategi baik punya


selamat malam korang semua...hope korang sume ada mood tok baca entry baru aku kali ni.kebelakangan ni otak aku da kekurangan idea nak buat entry.eceh! tak caya langsung.yelah kan dok umah terperap jer.otak kurang berkembang siket nak buat lawak.ewah!

entry aku kali ni nak citer pasal besok.ada apa dengan besok?aiyooo.takkan korang da lupa kot.atoto...sampai hati gitu.besokkan ada larian kitar semula.hah?ingat ke belom toh..err...no komen#cam retis gitu.

********************

lebih kurang 6.45 petang tadi...kaki aku mula menunjukkan protes pasal besok.hahah.korang mesti nak taukan macam mana gayanya kan?hmm.iaitu dengan sakit kaki.keh keh keh.lepas jogging hari tu da oke.tetibe hari ni sakit balik.erk --'

sepantas kaki terasa sakit, sepantas tu jugak tangan aku mula urut kaki sendiri.yelah..nak harap sapa lagi urutkan.nak harapkan akak aku.tak pasal2 kena backhand ngan dia.dia pon tenga sakit pinggang sebab baru balik dari damansara --' tah pahape doh.denga ceramah tapi pinggang yang sakit.ahaks!

so, sambil tengok citer merlin peberet aku tu, aku ngan akak aku mengatur strategi tok besok.hahhhaa.apakah itu?hmm...orang lain lari.kitorang jalan sambil bergambar.amacam? cool kan?ahaks.

kalau korang nak tau strategi kitorang tu berhasil atau tak...tunggu entry aku besok oke! kalau tak besok, besok lagi, kalau tak besok lagi, besok besok lagi.hehhehuu...watlek suda.jangan marah oke!

p/s :citer merlin season 4 semalam bes giler kan.?setuju setuju setuju ^.^

Image Detail

Wednesday, December 14, 2011

lari sebab baju...korang ada?


ini hari aku nak citer pasal pancit memancit.korang semua baca sampai habis oke! kalau tak aku hangin.ewah! ayat macam mintak sepak.wah wah wah.ayat macam gengster je aku nie.hehhee
apa pahal aku punya tajuk entry macam tu.hmm.ini hari aku pegi jogging.erk.? --'

bagi aku macam agak pelik lah.hehhee.sebab apa aku kata macam tu.aku dah hampir 6 bulan tak jogging.dok uma jer pam perot kasi besa.lepas tu bile berat naik kelam kabot nak kurus balik.apa da...inilah manusia yang bernama sarah.

disebabkan ahad ni kat putrajaya ada larian kitar semula.huh! apa kes?ada sebab baru jogging.mesti korang rasa macam nak sepak je aku ni kan? --' tolong jangan.tinggi saya hanya 158 cm dan berat 44 kg dan baru berumur 16 taun.#ini namanya kes menunjuk.dusshh!makin nyampah ada la kan.?


(ini t-shirt yang aku bakal dapat.keh keh keh)

salah satu sebab aku nak masuk sebab t-shirt ni lah.HAHA.mesti korang rasa aku ni agak mereng kan?no no no.t-shirt ni la lawa apa.kan kan kan?selain tu dapat sijil jugak tau.hehhe.
korang tak teringin ke?kalau korang nak boleh tengok bawah ni.


hmm.kalau korang tak nampak n tak bape paham.komen or inform je aku yang korang rasa senang la.mana tau ada yang nak lari jugak ker.kalau aku tak la kan.maybe jalan lenggang je sambil hirup udara segar.hehehhe.

********************

berbalik pada cerita kita la kan.masa aku nak pegi jogging tuh ada orang jual nasi lemak kat situ.apa kes.?orang nak kuruskan badan.jual pulak kat situ.adehh! tak pasal2 naik balik.wat ponat badan jer dok jogging.#watlek suda :D

citer pasal aku jogging tuh tak paya la korang tau.kalau korang tau mesti korang gelakkan aku.huhuh.malu la bhaii.oke la chow!

korang click sini kalau nak lari gak :D
http://www.sports.my/events.php?event=458-larian_jom_kitar_semula_2011_

Tuesday, December 13, 2011

hidup yang memeningkan


Kalau korang nak tau...perkara pertama yang buat aku pening setiap kali nak buat entry ialah ayat fes..huh! sampai berpoluh-poluh aku dok pikiak.haha.#perosak bahasa.watlek.huhu

aku paling suka buat story pasal tusyen.haha.kalau korang perasan la kan.hehe.oke! aku nak citer lagi.korang tak nak denga sudah.dok jauh-jauh.eh eh kalau dok jauh2 camne nak kuar daripada blog aku kan.? --' #pedulikan.

macam biasa hari sabtu baru2 ni aku pegi tusyen pukol 9.30.sampai2 jer..pegi kaunter dulu.tengok jadual takot salah masuk kelas macam hari tuh.keh keh keh.wat segan jer sampai nak sorok muka kat ne pon tak tau.APTB(apa pon tak bley~ hehe)

bila hati da yakin.aku pon masuk kelas.ewah! masuk2 jer aku tengok student nye pelik2.apa la masalah si sarah ni lagi kan?HAHA.suka buat masalah sendiri.#sedih --'

bila da tengok tuh.kaki aku ni p0n bergerak sendiri tok keluar.belom sempat keluar ada sorang aweks ni masuk.kemudian dia tanya aku

"Kenapa? takut salah kelas erk.?"

aku dah.err...segan la bhaii.hua hua hua.lepas tu aweks tuh masuk.aku pon menonong la masuk sekali.dok sebelah dia pulak.#gaya macam dok sebelah laki je xcitednya.dusshhh! XD

then, kitorang sempat berkenal2 pulak lepas tu.padahal da sebulan lebih tusyen.apa kes.? ini namanya kes segan tak bertempat.kan kan kan.? apa daa~

lepas beberapa minit kelas mula.teacher macam biasa soal student.And macam biasa gak...aku ni suka malukan diri sendiri.waa waa waa~ malu lagi...atoto.kenapa la ngan aku ni kan?HAHA

"sarah! kamu nak pilih yang mana? no 1 atau 2"

macam biasa aku tunjuk muka blur dan macam biasa gak.teacher tu dok sengih2 pandang2 aku.huh! apa kes? suka betol kena kan aku.aku pon jawabla...

"err...no 1 "jawapan aku agak perlahan
"apa dia?saya tak denga.no 2 ye?"sambil mata tak lepas pandang aku
"hah?err...ha'ah no 2"aku dah stat bengong
"no 1 ke 2 sarah?"dah stat bengang ngan kebengongan aku.HAHA.#nasib
"no 2 lah" berkat usaha kawan sebelah aku.aku pon jawab kamain yakin.ewah!
"aiyoo.ini budakkan kejap no 1 kejap no 2"sambil geleng2 kepala n gelak2

lepas tuh satu kelas gelak.demm! aku dah tak mampu nak pandang sape2.apa lagi...aku pon menggunakan strategi aku iaitu buat muka taik je la kan.kalau korang nak tiru pon bley.HAHA
--'

********************

habis je kelas fom 4 kelas fom 5 pulak stat.dan macam biasa...aku kan murid faveret.asyik aku je la kena soal. dan macam biasa jugak aku buat muka taik bile aku nak jawab.kah kah kah.agaknya sebab tu lah teacher hafal nama aku.huh!sabo je la.sendiri yang buat hal.

bila habis sesi mengajar.teacher keluar kejap.aku pon buat la keja yang agak menimbun.tetibe ada someone panggil aku.aku dah pelik.eh2 sape pulak yang panggil nama aku ni.sebab setau aku lah.aku sorang je student dari skola aku yang tusyen kat situ.

lepas tuh aku buat derkk jer...sampai la rasa simpati aku pada si pemanggil.aku pon toleh la..
toleh2 ada beberapa budak laki yang pandang aku.hah! dalam hati aku da cakap2.sape pulak ni.tak macam budak skola aku langsung.pastu sorang laki ni cakap.

"sarah! tolong amikkan buku kedatangan"

dalam hati aku da pelik semacam jer."macam mana la dorang ni tau nama aku"tetibe terlintas something kat otak aku "hah!aku kan murid peberet...selalu kena soal.so tak de yang pelik kot"
dussh!! #perasan. --'

masa buku kedatangan tu nak di bagi balik.budak laki tuh past kat cina depan dorang.cina lelaki 

aku memang tak pandang langsung la kan.malas nak layan orang macam ni.lepas tu boleh lagi gelak2 ngan awek dia kat sebelah.huh! pk aku suka la.las2 dia tolak bahu aku guna buku kedatangan tuh.dussh!.tapi bila di pk2 balik.hmm malas nak layan.amik buku tu pandang depan.sudah! selesai masalah.cool kan?hehe

********************

habis je tusyen.aku pegi CP jap.masa aku nak pegi tuh.kebetulan ada sorang mamat nie.dia satu kelas ngan aku.dia pon nak pegi gak.sambil dia jalan sambil pandang belakang.dalam hati aku da merepek2 da cakap pasal mamat nie.aku jalan ckit dia pandang.eh2 pekena dia nie.las2 aku pegi tempat lain.haih! malas la kalau orang perasan aku ikut dia.hmm.pahape tah kan. watlek suda

sape rasa hidup dia pon memeningkan?haha.jom la berkongsi cerita ngan aku...heeehheeh





Monday, December 5, 2011

sweet giler


Fandi terkejut bila AM Krew buat kejutan kepada beliau dengan telefon sendiri Sheila Amzah. Tak sangka hajat Fandi untuk bercakap dengan Sheila Amzah secara Live kesampaian. Idola beliau katanya..:) dan lebih 'sweet' lagi Fandi nyanyi lagu Patah Seribu khas untuk Sheila Amzah.. ~~Dengarkan..



oke fine! walaupun suara fandi othman nie terketak-ketak.tapi dia memang cool lah.HAHAHAH.
err...tapi ok jer aku rase suara dia.cuma dia gelabah ckit tuh yang tergrrr grrr.haha.apa pon tak bley.

yang penting...memang sweet habis.kan2.?jeles la pulak tetiber...tapi kan.sepanjang aku denga berulang2 kali ni.aku asyik tergelak dan tersenyum.korang pulak.?komen la sikit :D

Thursday, December 1, 2011

orang dulu advance cabut gigi


haa.hari ni aku nak share sikit story yang aku baca kat internet.story pasal alat cabut gigi zaman dahulu.haha.korang mesti tertanya2 jugakkan.oke! aku tunjukkan kat korang.tapi jangan terkejut beruk pulak.HAHA.kang beruk nak jadi apa kalau semua orang nak jadi beruk.takkan beruk nak jadi manusia pulak.ye dok? ape kelas...







haaa.bile korang tengok nie mesti teros terdetik dalam hati.."giler" hahha.yeah! orang dulu memang advance oke.tak macam orang skang.eceh! cakap orang aku pon sama.err.tak penah pon nak cabut gigi dekat doktor gigi.apa cer?

aku lebih rela cabut gigi sendiri.iaitu dengan membiakan gigi cabut sendiri.hah! sapa setuju angkat tangan.oke! aku nampak ramai yang buat cenggitu :D

p/s : komen jangan tak komen

cerita sempoi


satu dua bulan punya cerita.time tu aku masih sekolah lagi.hah! jangan pikir aku da abes sekolah k.aku baru fom 4 taun nie.maseh muda.muda ker?lu pikir la sendiri oke?kang bersoal jawab sorang2 tak siap pulak entry aku nie.apa dapat? dapat menambah keboringan korang yang baca pulak.

so, aku sambung cerita.pagi tuh kat sekolah cikgu bagi pengumuman pasal kokurikulum taun depan.lebih kurang pukol 10.oo lebih cemtuh.budak2 fom 4 gerak ke kantin n ada yang ke dewan.#aku lettew.hee.

sedang leka aku tengok keadaan dalam dewan tuh yang penuh dengan manusia.terasa tangan aku ditarik.haha.nie bukan segmen wakenabeb! oke.membe aku nie tarik pegi daftar tok persatuan.sebab apa? kokurikulum tok taun depan memang limited edition.tak ramai bley masok.cube teka aku masuk persatuan apa?hahah.tak per.aku bagitau.

meja bulan sabit merah aku tuju.kawan aku nie memang tak menyempat.punya la panjang barisan tuh.sesuke hati dia jer tercegat kat depan.then, buat muka taik kat situ.mentang2 paling senior.tak pasal2 ngan aku sekali orang pandang kerek.oke! aku pon buat muke taik lepas tu --'

dah la tuh.masa tenga daftar ada sorang mamat fom 4 gak dok tenung aku macam nak telan. dalam ati aku da cakap "apa pasal mamat nie.nak ngorat aku tak paya ar buat muka comel cam tu" .

"tergugat iman aku woi"

*******************

kletak kletak kletak

destinasi seterusnya yang di tuju.tempat daftar permainan.hahah.yang nie aku macam nak gelak bile ingat.bukan macam da.memang gelak terkekek kekek.oke. fake! aku gelak sopan jer.hehe

berlarik-larik gak la kan.yelah...da kawan aku dok kelibut semacam.macam kena keja hantu.
sampai2 jer.mamat kat situ tenung aku.hah! lagi sorang nak buat aku tergugat iman.puii!pekejadahnya tu.sabo je ar...

sampai2 jer terus bagi ketas tok ditandatangan.mamat nie siap sound aku lagi.

"eh2 budak fom 4 ke nie?"sambil mata tak lepas2 dok tenung aku macam nak telan.

aku da terpinga2 ngan mamat nie.eh2 pahal mulut macam mintak kena cabut nie.aku terus pandang belakang cakap ngan membe

"eh aku nie tak macam budak fom 4 ker.?"oke.kawan aku tak bagi respon.dia dok la tenung sana tenung sini.hesy.segan sudah aku.cakap sesorang.

baru gerak setapak dua tapak.tengok ketas yang mamat tu tandatangan ketas tuh tok kelab bukan permainan.apakah?huh! nie kes mamat nie dok kenakan aku la nie.hah! gelak2 la.

*******************

nak dijadikan cerita la kan.mamat yang kenakan aku nie.sebenanye aku pena kritik dia dalam fb.aku cakap yang dia nie kedekut senyuman.muka krukk je 24 jam.tak pena nak senyum.sekali amek kau.aku pulak yang dia kenakan.aku pulak, boleh pulak lupa yang mamat tu aku chat kat fb.huh! apakah?

patutla masa daftar tuh dia siap ulang nama aku banyak kali.dia nak ingatkan aku la kot.tapi aku?boleh pulak tak ingat langsung.uhh!frusttttt.

*******************

nak sambung boleh...?hee :D

p/s:"cuti panjang sudah habis bro.." : Malik





Wednesday, November 30, 2011

kaki kencang


lebih kurang berejam2 jugakla aku da sampai rumah lepas balik dari kolumpo.hah! satu perkataan yang mampu aku ucapkan "BOSAN". rasa macam kalau dok uma men ngan kucing aku yang tunggu tyme nak beranak lagi baik.err...sejak bile tah aku ramah ngan si idot tuh#panggilan manja kucing aku.hee.amacam?glamor dok?

tepat jam 7 pagi kereta viva warna putih merangkap kekasih hati akak aku pon bergerak.apa pasal aku panggil kekasih hati?haa.kerete viva dia ni da banyak kali masuk wad.HAHA.dah macam racing plak akak aku nie kan asyik kete masuk wad jer.setiap kali accident.walaupun kedut sikit di wajahnya, gerenti akak aku akan repair kasi cantek balik.amacam?cerewet dok?mahal tak mahal.asalkan kekasih hati kembali hensem.kih kih kih

kalau akak aku baca ni, konfem dia marah

ok.sebelum aku cerita pasal benda lain yakni semakin menyimpang dari tajuk entry aku, aku kembali ke pangkal jalan.HAHA.fullstop

*******************

sampai je kat kolumpo 5 pasang mata melilau cari bangunan wisma sejarah.melilau punya melilau, akhirnya akak aku nampak.betol2 depan IJN.apa tu?institut jantung negara daa.teros berlari beliau ke dalam bangunan diikut bonda tercinta.

lepas hanta tu.si viva putih pon mencari port yang sesuai...tetibe si ayah benti kan si viva kat depan library.hah! sudah.waktu masuk 10.00 pagi.tengok jam pukol 9.00.demm.lebih kurang 15 minit jugakla dok menganggur dalam kete viva tuh sampai sakit pinggang bagai.

aku pon mulala mengayat ngan si ayah, mintak pegi tempat lain.pk punya pk kereta dibawa ke tasik titiwangsa.fuhh!!! lega.hilang pinggang aku punya stress.turun2 je kete.kitorang lepak jap kat bangku yang kebetulan ada kat situ#eh2 suki suki aku jer kebetulan.

baru 5 minit hirup udara segar dan baru terasa seronok.tetibe si ayah bagi pendapat.masa aku denga tuh bunyik macam seronok.ayah aku cakap "jom pusing tasik"#bernas sungguh idea

jalan punya jalan.kaki aku mula meragam.aduh...tyme ni la pulak dia nak mintak belas ihsan aku.atoto.penatla tuh jalan.tapi aku gagahkan jugak kaki ni.yelah...tak kan nak mengalah dengan adik aku yang baru 11 tahun tu.dia jalan macam orang tak derk perasan beb! menonong jer.macam tak nampak orang lain da.hah! penyakit malas nak ikut dan dipaksa ikut.ni lah jadi kat adik aku.tuh yang buat muka krukk berejam-rejam.sabo jer~

habis satu pusingan.kitorang bergerak pantas ke gerai yang berhampiran.fuhh!!! satu perkataan keluar dari mulut aku.teros mengoder "teh O ais limau satu".eh2 jap.ni fake.bukan aku yang pesan, ayah aku yang pesan.aku ni pemalu sikit.keh keh keh #perasan.

habis sarapan pagi yang tak berupa sarapan tu.kitorang bergerak ke library sebab dah pukol 10.10...masuk2 jer library.aku blur.nak buat apa kat sini.eh eh, aku nie...boleh pulak tanya soalan budak darjah satu.baca buku la woi.jawab sendiri dalam hati --'

pusing punya pusing.apa yang dapat?dapat letih jer.sebab apa.dalam library tuh ada buku tok orang u jer.sudah! nak turun balik.bukan nak nek lif...guna tangga.dari tingkat 4 turun ke tingkat 1.erkk! macam nak mengenakan aku jer bonda nie.aku bukan saje2 cakap camtu.dah sebelum nie aku yang beriya-iya nak kuruskan badan.eh eh.gaya macam gemuk sangat jer.hah! terkena suda.

setiap detik setiap saat...kaki aku ni dok berjalan tanpa henti.dari library ke petronas ke wisma sejarah ke library balik.turun balik pegi library sebelah pulak.turun balik pegi carik surau.gerak lagi pegi kedai makan.waa~ macam nak nanges kaki aku ni.sumenya jalan kaki oooo.bukan nek keta.masa tu kalau menyesal tak guna dah.apa boleh buat?saba jer~

*******************

hah! aku lupa nak citer benda nie.masa aku kat library ada beberapa aweks nie dok tertolak2 biler nampak aku.aku dah mula cuak.eh2 muka pon aku tak kenal.ape pahal nie.segmen wakenabeb ker?eh2...tak der pulak cameraman.teros aku pegi rak buku lain.

kat tempat makan pon sama.aku nampak lagi muka2 yang sama.eh2 ni da len macam nie.hmm.aku bukak beg amik mp3 n headphone aku.aku buat derk jer...hehe.aku nie pemalu kalau kat luar.atototo.pang! amek kau.

sebenanye banyak lagi bendek jadi kat aku hari ni.kalau nak citer malam nie gak.alamatnye menangisla kaki aku nie.yelah penat jalan la kata kan.memahami kan?#bengong.dushh

*jop relex kan diri tengok video nie.tangkap leleh


*komenla sikit korang.sikit pon jadikla...heheh

Tuesday, November 29, 2011

kenapa dengan aku nie


haaa!amek kau.sekali berjela2 tajuk entry aku kali ni.HAHA.berjela sangat la kunun. setelah sekian lama kekeringan idea, keringat, fizikal, mental #apa aku merepek nie.tak lawak langsung kan.?errr..sedih --'

sokay.aku citerkan tujuan sebena-bena aku taip entry nie sebelum aku bertambah merepek dan korang semakin bosan sampai nak tekan dah butang X #tidak!!! jangan tekan.heeeehhee

kalau korang nak tau.tetibe aku bersemangat nak stadi akaun memalam buta begini.apakah? kenapekah?mengapakah? #berapa banyak KAH la..kah kah kah.bengong.

tepat pukol 9.45 malam aku amek buku akaun yang setebal lebih kurang macam kamus bi-bm. #cuti ni sentuh sekali pon tak pena.korang mesti selalu kan?yelah budak rajin...aku jer yang tak tau la bile lagi nak insaf.heeehook #tak senonoh betol anak dara gelak cenggitu.

ok.tak lawak!tak paya gelak.

5 minit bukak buku...kepala dah terlentok atas meja.hape tah nak jadi dengan aku nie.tuh baru 5 minit tuh.belom lagi sejam.kalau sejam mau tak nye buat peta dunia kat situ #eh!pena ker?konfemla tak pena.aku tak seteruk tu ok.

Image Detail

tenga sedap2 taip entry baru nie.tetibe...wrong somewhere pulak #eh! betul ke ayat aku tuh.ok.kite hentam je.ap dye?hmm.baju, tudung tak gosok lagi.besok nak gi kolumpor ni.HAHA.hope besok sonok kat kolumpor tuh.

haduiii.penat2 je kerajaan buat poster bahasa jiwa bangsa.aku pulak buat apa?menghentam kromo jer.ok lah.sebelum banyak lagi perkataan yang aku rosakkan.aku chow dulu.zzzzZZZ

Sunday, November 27, 2011

hari tenung menenung


Image Detail

harap korang semua tak jemu baca blog aku nie.hehhuuu.sorilah pada sesape yang menunggu bilela aku nak post#ade ker.?heee.PERASAN!

sepanjang aku tak post entry baru nie,actually sebenanye aku pi baca novel.heee.aku nie memang jenis giler novel.kalau aku ternampak ada novel yang buat jantung aku berdup dap tuh.konfemla aku beli walaupun poketku kering.tak peduli! asalkan hajatku dapat dipenuhi.yahhoo!

hari nie.terasa tak tau nak buat apa.tuh yang buat entry baru.mata nie pulak asyik ngantuk jer.hesy pahal tah.sampai otak aku pon da bengong asyik tido jer.#saba jer

semalam aku ada tusyen.biaselah...setiap hari sabtu.boleh pulak aku tersesat masuk kelas akaun fom 6.eh asal aku tak tau fom 6 pon ada akaun.ke aku yang tak bapa nak denga.huh! hapa2 tah aku nie.

then, boleh pulak aku men masuk jer kelas tuh.mula2 pelik gak.yelah kelasnya full giler...sampai ke belakang,sampai tak de tempat kosong dah.so sebelum nak masuk tuh, otak nie dah berpusing2 dah.nak masuk ke tak nak#masa nie aku tak tau lagi tu kelas akaun.

biler di pk2 banyak kali.las2 aku tarik kaki aku nie dok kat luar dulu.mana tau kelas tu tak habis lagi.bape minit lepas tu.budak2 dalam kelas tu pon keluar.aku pon terus masuk dengan perasan yakin hundred percent.x de langsung was2.muahahah.#perasan habis!

lepas dah 15 minit aku dok dalam kelas tuh.aku pon mula rasa musykil.aku pon pandang la belakang.#ingat nak tanya orang la kan.sekali pusing2 tuh aku sorang jer dalam kelas tuh.sudah! macam hape jer aku rasa tyme tuh --'

terus aku terbangun lepas tu.bila aku nak keluar tu, ada sorang cina ni lalu sebelah aku.aku dengan ramahnya tanya la "kelas nie biler nak stat?"#cover malu sebenanya.boleh pulak minah cina tuh buat muka seposen depan aku.aku tenung dia, dia tenung aku.dan begitula sepanjang 2 minit.huh! dalam hati suda panas."hesy bile nak jawab soalan aku nie"

pastu aku tanya lagi sekali.yelah mungkin dia tak denga kot.ok2.then, dia cakap pukol 12.aku teros tengok jam.hesy da pukol 11.15 nie...bukan pukol 11 ke stat.teros aku amik beg, keluar dari situ.then turun bawah tanya kaunter pulak.

sudah! rupa2nya kelas kat bawah.tengok2 jam dah pukol 11.20.kfine! macam mana nie.aku tengok jap kelas tuh, kebetulan ada cermin boleh nampak.#kelas dah mula pulak.aku dah...tak tau nak buat apa.nampak ada kerusi duduk kat situ jap # boleh pulak buat derkkk jer.konon cool la tuh.hahhhaaaa.

aku on phone jap.mecej along jap "da stat kelas camne nie.malu seyh nak masok".bila send jer aku nampak ada sorang minah ni pon macam aku.blur2 jer muka.dok ke hulu ke hilir.aku pon tenung je la dia.konon macam aku nie bagusla kan.#konon je.

tengok2 dia masuk kelas addmath tu.aku pon apa lagi...terus amik beg ikut minah tuh.buat muka seposen jer bila masuk tuh.teacher siap sound aku lagi "haiyya dah 25 minit baru masuk".
aku buat tak denga jer.kelua kan buku pandang depan.teacher tuh tenung aku, aku tenung teacher tu balik.tanpa perasan beb! aku pandang.sebenanya nak cover malu jer.las2 teacher tu mengalah.heehhe.selamat!

hahhaaah.giler malu kot aku kalau korang nak tau.tapi buat bodoh jer...

Sunday, November 20, 2011

baru aku tau...


fes day cuti sekolah akhirnya datang jugak.yeah! sebelum ni memang xcited habis nak cuti sekolah tapi sekarang...pffft bosan.HAHA

pagi2 lagi da buat aku nak pegi sekolah.hee.sebabnya semua keja rumah aku kena buat.kfine! lepas solat subuh akak aku da warning da."ara nanti pinggan atas singki tu jangan lupa basuh"
aku pon tengok lah.sekali... --'#banyak gilerrr


then, teros aku basuh.malas nak tangguh2 da.kang makin banyak pulak.#macam kat restoran jer

lepas abis buat keja umah semua.aku tido kejap.pukol 9 baru bangon.bangon2 jer blur x tau nak buat apa.dalam otak juz terfikir "nak sekolah boleh?" HAHA.mengada2.masa sekolah sibok sangat dok cuti jer.tuh la manusia.saba jer...

nasib baik semua makanan termasuk nasi mak aku dah masak.so...aku boleh rilex.hee :)

sepatutnya hari nie aku kena pegi andalas.buat apa.?hmm. tengok rumah kat sana.sebab da lama sangat tinggal.tapi kuncinya abang aku yang pegang.ok x dapat la pegi.

rabu minggu depan nak pegi kl#act macam jauh sangat jer.--' HAHA.pegi sana nak anta akak aku interview.so jalan2 cuci mata la sekali kan.heee.tapi belom plan apa2 lagi.kita sama2 tunggu ye.apa2 hal nanti aku citer kat blog.


senior sudah aku


Khazim, Utusan Malaysia

perghh!!!ayat dah macam besa sangat jer.hehe.x de lah nway taon depankan aku dah fom5.so aku lah paling senior dalam sekolah#tua sudah.ouh tidak!!!

cepat betolkan masa nie bergerak.padahal aku macam rasa aku nie fom 1 lagi#eceh perasan muda lettuw.heheh.tapi betol pulak.sape sokong angkat tangan.kfine x nampak yang angkat tangan pon.syok sendiri sudah --'#segan

bila nak jadi fom 5 nie, ada satu benda paling aku x suka.--' pegi tusyen.ouh tidak.last ak pegi tusyen masa darjah 6.tuh pon mak ngan ayah suruh.kalau x memang harapan la nak masuk tusyen.tapi biler nak masok fom 5 nie, kesedaran tu datang sendiri.#don play2 ha! HAHA

sekarang nie aku dah masok tusyen tok addmath.n coming soon chemist, akaun n fizik.yang lain2 tuh macam pro sangat jer.#malas nak masok banyak2.nanti penat.kan2?hee

aku amik 11 subjek tok spm nie.bagi korang banyak ke siket.banyakkan.?huu.aku pon macam nak pengsan.dah la pekse akhir tahun hari tuh 3 gagal#ouh segan giler dengan membe2 --'

macam yang sebelum ni aku bagitau, aku ni budak sains teknikal.#bangga sangat la kunun2nye.so ni antara subjek yang aku amik --> b.m, b.i, math, addmath, chemist, physic, akaun, b.arab tinggi, p.syariah islam, p.quran sunnah n lastly sejarah.subjek2 bes kan?HAHA#gelak x ikhlas

actually sebenanye aku nak amik sains tulen.tapi...pmr aku sains B.:'( so sad ok...hmm x pe la mungkin ada hikmah.kan2.?

so life must go on.x nak dah pandang belakang.hehe.sekarang ni nak fighting tok spm.chayok2!!!


Friday, November 18, 2011

segan giler tadi dekat tusyen



macam yang aku post semalam kat fb,hari ni aku tusyen addmath 3 jam.perghh seronok seh.
1 jam setengah tok fom 4.1 jam setengah lagi tok fom 5.err da la sejuk giler.dok menggigil jer.

baru fes day tok tusyen fom 4,tapi masuk lambat.9.27 baru sampai kat tempat tusyen#tapi jam aku dah9.34.memang gelabah habis.

dah la tingkat 4.tercungap2 aku nak pegi daftar.sampai2 jer selamat belom stat lagi.#fuhh! lega

masuk2 jer teros duduk depan.--' sejak biler tah aku suka dok depan.hmm act sebenanye sejak mata aku bertambah kabur.so nak x nak memang kena dok depan,kalau x, x nampak.

bila teacher masok jer.dia teros nak soal.aku dah x mampu nak kata apa2.memang blur habis.
dah la fes tyme masok.tetibe kena soal.ok fine! teacher tu da dok tenung aku macam nak telan jer.#tapi sebenanya teacher tuh ok jer :)

bila tyme aku kena soal.aku dah x tau nak jawab apa.padahal aku rasa tu lah soalan paling mudah.ouh no! segan giler ok! dah la dalam tuh ramai budak fom 4, aku fom 5#tetibe rasa nak ghaib je dari tempat tusyen tuh.macam nak nanges pon ada.

minggu depan teacher kata nak buat ujian dari bab 1 sampai bab 4.aku dah--'
aku dah la lupa.tetibe minggu depan ada ujian.memang macam nak benti jer.
ergghhh.! x nak datang la minggu depan.#tapi mak x bagi.:'(

konfius!bes ke x?



Hari nie last day skola.bes ker x.?huu.no comment.kejap rasa bes kejap rasa bosan.so.?still no comment#apa kejadahnya la aku nie --'

sampai2 skola tadi dok kat kantin dan menganggur macam orang x de keja.ok termenung jer.macam hapa tah.tyme tuh macam menyesal habisla datang skola.haha.lps tuh pegi dataran sebab nak kena gotong royong.--' #konfemla ak larik bila kena gotong royong nie kan.

lepas abis dengar pengumuman semua orang pegi merayap.ada yang gotong royong#baiknya korang.ada yang berjalan2#tuh aku lah.:)

sampai nak tercabot jugaklah kaki aku ni.naik atas turun bawah.#yeah!kurus badan.
lepas tuh aku ngan membe aku tengok show.ap dia.?hmm.pengawas skola menjadi pengganas.
haha.mesti korang nak tau kan apa dia.

ada ke patut cikgu suruh dorang campak meja n kerusi dari tingkat 4 ke bawah.keja giler kan.?
aku biler terperasan tuh.macam nak mencarot dah.tapi lama2 macam seronok pulak.#sengal

lepas da x tau nak buat ap.kitorang pegi kantin.tyme untuk makan!#macam buat keja jer.dah la malas.siap kena sound ngan cikgu lagi.tapi hanya mampu buat muka comel jer

biler kat kantin tu.cikgu buat pengumuman.pasal kelas mana nak masuk tau depan.kitorang memang x amik port lah nak pegi tengok.sebab dah tau kelas mana.#sebab kelas sains teknikal ada satu jer.

membe aku sorang nie kelas sains tulen.dia bila denga je penguman nie.da kecot giler dah.hmm.bukan takut turun kelas tp takut naik kelas.--' pelik kan kawan aku nie.orang lagi nak naik kelas dia nak turun pulak.

tenga2 syok makan.tetibe ada sorang membe nie datang dia bagitau membe aku kelas fes.wah!untongla.dia da buat muka stress.haha.lawak lah kau.

err k lah.sori lah kalau korang baca n macam bosan.sebab aku pon rasa memang bosan pon.


Saturday, October 8, 2011

tak tahu antara dua


hee.lame x menghupdate blog rase nye.kalau la nie diari mesti da berhabok kan.?heheh.act sebenanye lepas siap buat kursus akaun sebok pulak dengan exam last n SMA.hah.!tajuk kali nie ad kena mengena ngan benda nie la.

ok.!straight to the point.ak skang tga b'perang dengan diri aku sendiri.hmm nak stadi tok exam fom4 or SMA.hmm.?err sampai demam+batok_selsema aku.--'

bile d pikir2.ak rase ap ak nak buat.aku buat.heee.so hidup mesti enjoy.!!!



Wednesday, August 10, 2011

ap jadi dengan pementasan.?


HAHAHAHA
.Pementasan yang paling lawak sekali aku pena buat#act macam banyak sangat je buat pementasan.HAHA.korang! korang! korang! mesti korang da lama tunggu aku post pasal pementasan nie kan.#bnyk betul korang nya.HEHE.sejak ak post ari tuh.ingat x.?ok fine.!kalau lupe korang boley bace balik yang nie
aku pari-pari .

View Image
(bukan gamba pementasan kitorang ok.!HEHE)

okeyh.!aku citer dari awal.mule2 aku n membe2 ak masok dewan.huh.!tengok jam je..OMG.!lewat 30 minit#buat peka physic punye pasal. teacher da bebel x nak benti pastuh.ok.stop.! then,kitorang sume naik pentas n dok belakang tabir.

then.stat la pementasan kitorang yang merapu lagi merepek.HUA HUA HUA.membe aku bile kat atas pentas tenga belakon uh.asyik gelak jeh non stop.sampai teacher teros cakap yang nie rehearsel bukan yang betol2 punye. -,-' ok fine! kenape korang gelak.!!!!

ok.!ak da x de mood nak taip lagi.kbai korang.!!!

pementasan besok.!
doakan ak ok.

Saturday, August 6, 2011

roti john ouh roti john


ada apa dengan roti john.?ad telor la kan.haha.ok.!sebelom aku balik kampung kat putrajaya #nak gak bgtau aku x de kampung macam korang. aku nak share ckit story tentang roti john.hmm aku nie dalam bab makan memang milih cikit.hah.!aku tunjok sikit kalau korang x tau roti john tuh macam mane

Image Detail

fuhh.!tertelan air liur cek tengok gamba nie.heheh.so,skang korang da kenal bentuk dan rupa roti john yang sangat digemari ramai.#ok.!aku nak stop merepek.

ari tuh aku ada text dengan membe(laki) aku ni.dya jual roti john.aku tanye la dye.

aku : eh,ko basoh x telornye.?
membe : aku bungkus je.HAHA(bengong.buat lawak taik ayam pulak)
aku : ko pegi la tengok jap(suhu aku da naik.)
membe : tak basuh pon.nape.?
aku : eei.sedih sape yang beli.
membe : pasal pulak.?nak makan dalamnye.bukan luar.hah.?
aku : ap ke bengap kau nie.HAHA.kalau kau nak buat mesti kau pegangkan.?
membe : hahah.ok2 aku da paham(korang paham x.?)
aku : hahah.bagus2 ko paham pon.
membe : kat sini x de air la weyh
aku : len kali basuh la dari rumah
membe : ok2.thanx


hah.!so kepada sape2 si pembuat roti john sile basuh telor#jangan fikir lain.hah!jangan jangan! anda sebelum anda jual.sebab x elok untuk orang lain makan.hah.!dose tau korang.so kepada si pembeli pulak pegi la tanye sebelum beli.jangan men amik je.euww.x sanggop aku nak bayangkan.

nak balik kampung jap
jage diri korang.!
^.^

Friday, August 5, 2011

aku pari-pari...?


View Image

entry apa yang ko merepek nie sarah -,-' HAHA.korang mesti pelikkan ngan tajok entry aku kali nie#sangat pelik cik sarah oi.!x de lah sebenanye next week kelas aku nak buat pementasan.HUHU ^.^ x saba okeyh aku nak berlakon.tepuk tangan sikit.pap pap pap pap#merepek.

kelas kitorang akan buat citer RAPUNZEL,CINDERELLA n SNOW WHITE.pergh.!!!x sabanye...keh keh keh.then,membe(pompuan) aku nie kena jadi Cinderella n pak we dye jadi prince charmingnye.uh so sweet.x saba aku nak tengok#bukan dapat tengok pon -,-'

then dye nak aku jadi pari-pari.sebab dye kate ak putih n etc#x nak bgtau.nanti korang kate ak perasan.ngeh ngeh ngeh.pastuh aku ckp la kat dye "kenape aku pulak kena jd pari-pari".then,dye cakap "ko sesuai la"

HAHA XD korang agak ak nie sesuai ke nak je pari-pari.?#mari gelak bersama-sama.HAHAHAHHA.then, akU bgtau la membe aku nie"aku jadi orang kerdil la#sebab macam lagi comel je.lps ak cakap tuh.muke dye teros masam.HUHU.sori la kawan.

entry paling pendek+merepek
x saba nak berlakon ok.!korang ada.?HAHA



Thursday, August 4, 2011

Eksperimen yang giler


nak taip apa eh.?hehe.x de idea la korang.sori if entry aku kali nie merepek.XD ok2.tetibe idea da datang.hmm.ari nie kls kitorg buat eksperimen tok chemist.pergh.!!!sonok gile ok.sebab nie first tyme ak buat dengan sangat giler2#giler la sangat kan.?HAHA.group kitorg ad 7 orang n sume nya budak2 kecoh.asyik panggil cikgu jerp.sori cekgu#act macam cekgu skodeng blog aku jerp.HAHA.


View Image


then,cikgu bagi2 kan kumpulan.kitorang pon stat la buat experiment nie.pfft.!kitorang tunggu sampai setengah jam.x de pape pon jadi.ok fine.! group kitorang je yang paling slow.-,-'#malunya kami.keh keh keh.

lepas tuh cikgu suh buat balik.grr.kami dengan muke toye pon buat balik.then lepas da tunggu sampai 5 minit.something happen dekat lab uh.kitorang da cuak lepas tuh.kitorang sume da tarik kosi ke belakang.takot meletop pulak.HAHA.tetibe sorang membe aku ni perasan bau tuh dari mane.huh.!nak tau x rupe2nya bau mancis jerp.pfftt.!ngek en?#gelabah macam ad orang nak bom jerp.

lepas 10 minit.eksperimen kitorang menjadi.errk alhamdulillah.suksess pon.tyme buat eksperimen uh kitorang punye paling gempak sebab bunyi "pop" paling kuat.HAHA.then,budak laki sume nak tiru -,-' pape tah kan.?lepas bunyi kuat uh cekgu datang n amek gamba kitorg.
(cekgu mmg bes lah.HAHA.) "cekgu masokkan la dalam fb.HUHU"

mak masak ap eh buke nanti.?
^.^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...