Friday, December 27, 2013

Masih aku...


pejam celik pejam celik..kejap je dah nak masuk 2014 kan? aku sendiri macam tak percaya.tapi nak tak nak kena jugaklah percayakan.kalau tak percaya tu maksudnya tak boleh terima kenyataan yang diri sendiri dah makin nak tua.huhuhuhu... T.T

dalam masa yang sama aku jugak dah masuk sem 2 di UITM dihatiku tuh,uhuk uhuk..sangat kejap dah habis sem 1.macam mimpi pon ada.kehkehkeh...semuanya tak nak percaya..hesy.pape tah aku ni. Pointer sem 1?hmm. tak paya tau la..cukupla korang tau yang aku tak dapat pon 4 flat.huh! Sedih bhai! punya la bercita-cita tinggi nak dapat 4 flat tapi...hm. Gaya macam aku sorang aje yang nak 4 flat. ish ape ni. Pening ar pening ar~ hahah

nampaknya aku da menyimpang dengan ape yang aku nak cite sebenanye.haih! Sem 2 ni semakin mencabar dengan makin banyak assignment. Tengok je la cuti mid sem yang tak macam cuti ni..banyak giler kot kerejanya..hua!!! haih! jangan merungut! nak dapat 4 flat kan? uhuk uhuk. ai ai capten!

Hah! ada satu lagi yang aku nak cite..hm. Nampaknya sem 3 nanti budak2 akaun akan dipindahkan ke Uitm Tapah..hm. Semakin jauhla aku dengan rumah. huhuhuu.. Gaya macam sekarang ni selalu balik rumah aje. Tapi yang besnya Uitm Tapah tu baru..hm. macam bes je..macam bes je.. hehheehee..





Tunggu saya datang oke! hahahaha... Excited benau aku ni.ceewah! macam cantik je..macam tak sabar je.uhuk2. Hope tak mengecewakan masa aku disana sem depan. Amin!

Friday, June 7, 2013

Kreatif ke tidak???


Lately ni aku malas betol nak story pape..serius tak de mood sangat. So, hari ni aku just nak kongsi gamba yang agak lawa pada pandangan aku..oke. Kalau korang rasa lawa or else..just share oke ngan aku. Caranya senang je..post la kat comment tuh. Eceh!.. Hehehee











So, pada pandangan korang macam mana? Lawa ke tidak? Cepat cepat share dekat comment.Hehek...

Thursday, June 6, 2013

Lawak ke tidak ????


Hari ni aku cuma nak post gamba yang lawak lawak je..hope korang terhibur. Kalau tak lawak pon gelak la...gelak sikit pon jadi la. Hehek...


Photo: lol..
Photo: Its MONDAY! Have a GOOD & SMILING start for this week.
Photo: HAHAHAHA.............................
Photo: FUN TIME-
Photo: Fun Time-
Hahaha...........................................
Photo
Photo: Ohhhhh Noooo!!! Monday Again!!!
Photo: Facebook Calling... :) :)
Photo: :)
Photo: :) :) :)
Haa...lawak tak lawak tak? Hmm..tak lawak? Fine.Bye

Tuesday, June 4, 2013

Penyakit yang membunuh


Tanggal 24-26 May aku sekeluarga pergi cameron. Wah..seronok tak terkata la aku cakap. Gaya macam pegi bercuti luar negara aje pon ada. Huhuuu...Dua hari sebelum gerak ke cameron lagi aku dah pack barang siap siap. Takut tertinggal barang kononnya. Sebabnya, dalam family aku ni..kitorang macam berjangkit sikit satu penyakit ni. Hah! Korang mesti nak tau kan penyakit apa yang aku maksudkan tu. Penyakit ni agak kronik la dalam family aku. Nama penyakit tu  PELUPA. Aku macam da denga suara orang mengeluh tanda "merepeknya la budak ni." 

"Bro,jangan la cakap macam tu. Kecik hati gua. Gua da la memang kecik. Adik gua pon lagi tinggi dari gua." Eceh! Takde kaitan. Oke! Jangan layan.Fullstop

Aku bagi contohla kan.Akak aku ni dia jenis tak suka pakai spec walaupon pada hakikatnya dia rabun. Aku pelik betul dengan perangai orang macam ni. Kenapa ye, rabun tapi tak nak pakai spec. Hmm..musykil. Pada aku, nak kata tak comel..comel aje aku pakai spec. Citt!! "Nak angkut bakul sendiri rupanya" monolog aku sendirian. Eceh, ada betul ka monolog? Err..

Oke. Disebabkan akak aku ni tak suka pakai spec,so dia selalu la tak pakai spec kan?hehee.. Satu hari tu dia tanya aku. "Akak, ada nampak spec alang tak?" tanya akak aku. Dalam family aku dipanggil akak walaupon aku bukan anak first. Lalu aku pon jawabla "entah,mana la orang tau. Bukan orang yang pakai spec alang tu" balas aku selamba. ceh!!

Boleh dikatakan selalu la jugak akak aku ni hilang spec, Sampai satu hari tu, aku bagi suggestion kat akak aku ni. "Alang, lepas ni bukak spec bagitau orang.". Haa..amacam? bagus tak suggestion aku. Hmm aku tau korang katu bagus. Krek krek..

Berbalik balik pada cerita pasal cameron tadi.

Lepas beberapa jam kitorang gerak dari rumah. Tetiba phone akak aku berbunyi tanda masuk meseg. Terus kecoh akak aku ni dengan soalan yang berbunyi begini "Mak, along kata telekong ada kat rumah. Tertinggal." lebih kurang macam tu la yang aku ingat. Apa lagi, satu kereta saga flx yang dinaiki kitorang kecoh. "Haish. Aku dah agak..mesti ada yang tertinggal" Berdecit aku sendirian dalam hati. Daripada mood excited terus jadi suasana hening seketika dalam kerata saga flx tu. Sampai la aku bersuara memberi keriangan dalam kereta. aku cakap macam ni "m Kita bukan selalu pegi cameron ni..dah dah. Jangan rosakkan mood masing masing" Ececeh. Gaya macam penyelamat pulak.

**********

Itu je lah benda yang aku nak kongsikan dengan korang semua.

Harap tak de sape baling bantal ataupon merungut membaca blog aku.

Keh keh keh...

p/s: tajuk entri tak leh blah


Harap korang terhibur.Keh keh keh....

Saturday, May 18, 2013

ouh nooo !!!!!



Akhirnya benda yang paling di tunggu lepas result SPM keluar semalam.Hmm..so sad lah korang.Aku tak dapat mana mana universiti oke! Tak percaya? heh! family aku pon tak caya tau,bkn family je kawan kawan aku yang lainh pon tak dapat.

Korang tau tak,aku rasa tahun ni la paling sedih n sangat sakai aku rasa.Ada ke patut kawan aku yang dapat 7A pon x dapat mana mana U. Pelik n sangat sakai kan? pffft! ahhhh....stress giler fikir pasal benda ni.Tengah makan fikir,nak tido pon tak boleh tido,nak buat benda lain pon fikir,sampai nak masuk tandas pon fikir..terok sangat ke aku ni hah?



Haih.bagi korang yang pernah rasa mesti korang faham kan? boleh tak sesape bagi nasihat atau motivasi cket kat aku. Anyone? huh! ouh so sad my life. Betol ke grammar aku tuh?ahh!! belasah je la..janji dapat bagitau apa yang aku rasa skang.



Boleh bayangkan tak,kawan aku ada yang dapat 3A pon still dapat tawaran U. Wat the hell! Macam tak de nilai langsung je result spm aku tuh.Punya la berhempas pulas tyme SPM,tetiba boleh pulak tak dapat mana mana tawaran.Hmm..tak tau nak cakap macam mana dah.Fine.Bye korang.

Tuesday, March 5, 2013

Jelesnyalah hai....



Dalam dunia ni tak semua benda kita akan dapat ikut kemahuan kita kan? yeah! aku mengaku yang itu.Btw,korang tau tak.aku rasa macam nak tumbok je muka orang bila kelas memandu aku asyik ditunda.what the hell! haih

Hari ni sorang lagi kawan aku lulus JPJ.but, aku? ouh ouh ouh very unfair.So sad oke.korang bayangkan.walaupun aku tak amik satu sekolah memandu ngan dorang tapi kitorang belaja waktu yang sama. tapi,apa pasal dorang dah JPJ dulu but aku?ouh ouh ouh very unfair =.=" 

Aku hanta meseg kat kawan aku tuh ucap tahniah.Tapi, dalam hait ni.. "weh...asal tak tunggu aku ..huhuuu..." itulah namanya talam dua muka.hahahaaa...mengaku pulak tuh,haih!

 (gamba ehsan dari google image.huhuuu)

Boleh dikatakan kebanyakan kawan aku yang amik lesen semua da lulus.but, aku? terkontang kanting..hew hew...Err --' oke.Kesimpulannya yang aku rasa aku boleh buat iya lah..Jangan jadi baik sangat. hah! mesti korang tertanya kan apa pasal aku cakap camtu. Sebabnya, bila kita jadi baik sangat orang akan pijak kepala kita.Contohnya aku la..ewah!berlagak baik la pulak aku ni.eh! eh! ni kenyataan tau

Apa pasal aku cakap camtu?hmm.sebabnya? oke.sepatutnya aku dah boleh test JPJ semalam.tapi tak.sebab apa?sebab aku baik sangat lah.hahahaha...(gelak tak ikhlas) sepatutnya jugak aku ada kelas minggu lps hari selasa..but ditunda ke hari kamis...then, ditunda lagi..ouh ouh ouh...apa korang rasa kalau korang ditempat aku? marah? suka? sedih? or what? (jangan nak simpati ngan aku yee.huhuuu)

So, next kelas aku iya lah hari kamis ni.Kalau dia berani tunda lagi...haish.siaplah! aku dah rancang nak pegi je sekolah memandu tu buat laporan. ewah! gaya macam berani je.haih! aku memang suka cakap lebih.but, kesudahannya aku takkan buat.trust me!

Semalam dua orang kawan aku yang belajar memandu sama2 da lulus..jeles gile oke tengok dorang lulus.but, aku? QTI pon belom lagi.nasib lah kan.amik JPJ..then kemungkinannya besok amik result SPM.SPM? haih.off topic. tata ~

Monday, January 28, 2013

Fes tyme!!! takutnya...


wow! wow! wow! Hanya perkataan tu je yang boleh aku gambarkan perasaan aku yang baru belajar bawak kereta. Macam2 perasaan bercampur menjadi satu.ewah! hahaa..hmm.perasaan suka, excited, tension, penat, takot..haaa kan banyak betol perasaan tuh. Kan kan kan? XD

aku citer daripada awal lah kan pengalam pertama aku.oke! kalau tak suka korang boleh angkat kaki.eh eh! bukan kaki tapi tekan butang pangkah. Sebarang keboringan amat dikesali..hope korang tak boringla.hee

oke.mula2 aku da standby dekat depan rumah aku tunggu abang driver amik.Eh! suka suka je panggil abang driver kan?tak pe abang tuh bukan baca blog aku pon.Tunggu punya tunggu punya tunggu dari jam 9.00 pagi sampai ke jam 9.30 tak sampai sampai.haih..asap berkepul-kepul da mula keluar dari telinga aku.Tetiba perut aku pulak buat hal.adoi...time ni lah kan dia memang suka betol buat hal. Korang pon mesti ada yang pernah alami kan? perasaan excited yang sampai nak membuang.

tunggu punya tunggu..aku pon call pak cik owner drive.dia pon bagi la nombor tepon abang driver aku.Aku pon call..sekali lagu caller ring tone dy lagu lama daa.aku pon b'fikir sejenak. "hmm.mesti abang driver aku ni orang yang agak berusia" sesuka hati je aku menilai.sekali dia tak angkat daa.Call lagi n lagi..baru dia angkat. abang tu cakap dia tengah on the way.

tunggu punya tunggu..haih! berapa banyak tunggu daa..dari jam 9.40 sampai 10.30..baru abang driver sampai.dalam hati aku da cakap "jauhnya la rumah dia ke sini".tup tap tup tap! sampai la ke tempat belajar kereta.perasaan exciteds bercampur dengan perasaan mengantuk bila denga abang driver bagi ceramah pasal peraturan bawak kereta.Aku sendiri tak tau sama ada aku paham ke atau tak paham.haih! lantak pi la...dalam hati ni da bercakap lagi.."hmm..bila la nak belajar bawak kereta ni..mata ni da mengantuk da denga abang driver bebel ni...hmm"

jam 10.50 abang driver tuh suruh aku bawak.huhh!! Kaki aku da menggeletar.hape hape tah kan?tadi excited sangat.padan muka!! tempat duduk da bertukar, peluh da mula keluar...semua benda da jadi tak betul.padan muka aku..tadi tak sabar sangat kan???hahh!

oke oke! mula2 betulkan tempat duduk.."err..bawah ni kan?" abang driver pon mengiyakan.Oke.next,tengok cermin then bla bla bla...sampai la ke saat yang genting.iaitu gerakkan kereta.haihh! takutnya..mula2 tekan clutch tuka daripada gear bebas ke gear 1. Oke senang! then tuka handbrake.jap jap jap! korang tau tak aku kena tarik handbrake guna dua tangan. lemah sungguh aku ni.Siap kena perli lagi dengan abang driver "lepas ni balik rumah angkat pasu hari hari ye..rumah ada pasukan?" hah! kena sebijik kau.Aku pon senyum jee.baik betol kan? hahahaa..sangatlah

dari mula aku gerakkan kereta sampai la kereta berhenti..abang driver kat sebelah ni dok la pot pet pot pet! haih! dia cakap senangla.Tau la da pro.mula2 belaja pon mesti dia macam ni jugak. tak kan la terus pandai.betol tak??? hmm.kata2 tuh hanya bermain main dalam hati aku je.Kang sekali aku cakap mau tak nya si abang driver ni tak nak ajar aku lagi.keh keh keh....

tetibe...sedar tak sedar aku bawak kereta kat atas jalan raya besar..err.masa tuh seriously aku cuak giler.dengan kereta yang banyak...dah la fes tyme bawak kereta. Korang paham tak perasaan takut aku tuh.haih! lepas tuh bawak atas flyover bridge yang sangat sempit dan tinggi dan menakutkan --' 


lebih kurang macam kat gemba ni la flyover nya.Dah la fes tyme dengan kaki yang masih terketar-ketar dan tangan yang sejuk dan berpeluh peluh.haih! banyak betul DAN.Next..bawak punya bawak kana lalu tol pulak.hadoi.abang driver ni memang nak buat aku dapat penyakit takut plus cuak. huhhhh!


selamat la..tak banyak kereta.Kalau tak elak aku jadi gelabah je.boleh dikatakan aku lalu 2 flyover dan dua tol.baru abang driver tuh nak bawak.Bile nak tuka je tempat duduk tuh.hati aku cakap "huh! selamat". Kaki aku yang berjalan keluar nak pegi tempat penumpang tuh..huh! menggeletar giler weyh.Rasa macam nak tercabut segala urat sendi semua segala bagai.terok kan?Abang tol tuh pon sempat senyum kat aku.sebab lama sangat aku nak gerak dari situ n aku boleh berhenti jauh dari tempat amik tiket.hehehee..malu ouh.

itulah pengalaman fes tyme aku.semuanya fes tyme...n abang driver sempat cakap masa aku bawak "awak sebenarnya boleh bawak..cuma takut takut n teragak agak sangat.oke! Kembang kejap..kejap je..lepas tuh kena sambung bebel --'

XOXO
  ara

Friday, January 11, 2013

peewit peewit???OMG!!!


Hari ni aku nak story pasal apa yang jadi hari nie.Eh eh??memanglah nak citer pasal hari nie punya takkan besok punya kot.Hesy,Apa aku mengarut ni.Oke oke..stop merepek!

anyway start dari minggu lepas lagi aku da kena hanta adik aku pegi skola.akak mithali la katakan..heh!ada ke orang baik mengaku diri baik.adodoi...riak tu! riak!!astaghfirullah....ish ish..mengarut lagi.

sekarang fokus untuk story.fokus fokus..ehem ehem ehem!hee.poyo betol.ceritanya begini...aku hanta adik aku slalunya hari jumaat je.Yelahkan..ayah aku solat jumaat.So,aku kena la hanta dia sampai depan.korang mesti fikir yang aku hanta sampai sekolah kan.kuang kuang kuang!!!heh.

on the way nak pegi depan tuh..kebetulan budak2 laki baru habis solat jumaat.Kebetulan???hee.tak lah.memang aku hanta dia bila dah habis solat jumaat pon.keh keh keh.lepas tu boleh pulak budak2 laki ni dok peewit peewit...!!!

ade ke patot???ada ke patot???katakan tak patot.katakan!!!haaa..merepek lagi..aku dalam hati dok mengutuk ngutuk je lah kan.haaa..Bila lah nak insaf aku ni.kejenya dok la nak mengutuk orang jer..LOLZbahasa ape tuh aku pakai?stop it!

aku tak tengok pon sama ada budak2 laki tuh memang budak atau pon orang dewasa.kalau budak2 itu lawak.aku dah 18 TAHUN oke taun ni.Memang aku pendek dan agak comel macam budak2.Hah???perasannya aku ni...adodoi.mesti korang menyampah kan?aku memang macam ni..suka perasan lebih.



tapi kenyataan pon iye jugak.mak cik, sepupu yang tak rapat ngan aku pon ada yang kata aku ni darjah 6 la..fom 2 la.ayoyo..macik...saya dah habis SPM la.muka je nampak budak2 and pendek tapi otak saya matang.ewah!perasan lagi --'

oke lah.sebelum aku bertambah merepek dan membuat kan korang boring pelas menyampah aku chioww dulu.huhuuuu..

XOXO
  ara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...